Friday, 29 April 2011

kesilapan diri


Indahnya sebuah persahabatan andai masing2 mengerti akan makna persahabatan itu.. tapi aku, tidak pernah merasai bahagiannya nikmat berkawan. Mungkin salah aku. Mungkin juga salah mereka. Tapi aku tidak dapat membicarakan lagi tentang erti persahabatan itu sendiri… Maha Suci ALLAH, kedukaan ini hadir setelah kedukaan lama ingin pergi.. parutnya masih lagi kelihatan tapi luka baru telah datang lagi… membiarkan aku terus di sulami derita yang tiada kesudahan. Tidak ku salahkan MU, YA ALLAH atas apa yang terjadi hari ini jua semalam dan hari-hari yang akan datang. Dalam meniti usia remaja, banyak sekali perkara yang telah aku pelajari antara secara langsung mahupun tidak. Sungguh, hidupku kini terumbang-ambing kerana kesilapanku sendiri beberapa tahun yang lalu. Aku cemburu melihat kebahagiaan orang di sekelilingku. Aku tak mampu memberikan kebahagiaan itu kepada diriku sendiri apatah lagi kepada insan yang dekat denganku. Maafkan aku… maafkan aku...

No comments:

Post a Comment