Sunday 5 June 2011

untuk terakhir sebelum aku melangkah keluar dari dunia 'cc' ni.. aku merasa panas hanya kerna ada elaki di sini.

Saturday 4 June 2011

bumi ini.

petang ini hujan turun membasahi bumi nan gersang. terkadang aku fikir, turunnya titisan hujan ini untuk membasuhi dosa manusia yang bertaburan. sekadar menyuci kembali bumi ini yang sepatutnya suci dan indah. hanya kerana manusia, planet indah ciptaan ALLAH ini kelihatan kotor sekali. sekadar indah di pandangan mata tapi penuh noda. nauzubilla minzalik.. aku tidak menginginkan ia hadir kepadaku. cukup la hanya insan lain saja yang merasai itu semua. aku belum kuat untuk tempuhi segala kemungkinan yang berlaku ini. aku hanya seorang remaja yang gemar menyendiri biarpun ku miliki jutaan teman. bagiku, aku tidak mahu menambah dosa yang ada di muka bumi ini. biarlah mereka saja yang mengotori bumi ini. tapi tidak aku! biarpun pada zahirnya bumi ini penuh dengan kehijauan dan ketenangan tapi ia tak seperti apa yang dapat di rasa.

lihatlah sidang pembaca sekalian. tampak cantik namun penuh onak duri. yakinlah anda semua tentang sakitnya hidup di dunia yang nampak indah ini melainkan kita seorang hamba yang beriman kepada-Nya. maka dengan itu, untuk kita merasai nikmat hidup di bumi ciptaan-Nya ini, wajiblah keatas kita untuk beriman kepada-Nya dengan sepenuh hati. sedarlah duhai manusia..

Friday 3 June 2011

dukaku kembali..

hari ini... aku mungkin akan kehilanganmu. tak dapat ku bayangkan kehidupanku setelah kau pergi dan takkan kembali lagi. dan tak pernah terlintas di fikiranku yang aku bakal kehilangan sumber pemangkin semangatku nan kian mundur ini. perginya dirimu, tiada siapa yang boleh mengganti sekalipun ai serupa denganmu. ku bakal merinduimu nun di sana. semoga kau bahagia bersama insan yang kau kasihi. aku di sini hanya dapat berdoa untuk dirimu yang aku hargai. kehadiranmu, pergilah laraku.. perginya kamu, kembalilah deritaku...

Monday 16 May 2011

kepentingan cinta dalam hidup

     jika cinta sudah tiada di hati anda, tandanya salah satu nikmat ALLAH telah tercabut daripada anda sedangkan cinta salah satu nikmat teragung ALLAH terhadap hamba-hamba-NYA. jika anda sudah tidak dapat menghargai cinta, itu tandaya nilai keperimanusiaan anda sudah mula terhakis. ketiadaan cinta di hati anda bakal merubah seluruh kehidupan anda.
    orang yang tiada perasaan cinta adalah orang yang telah kehilangan motivasi dalamannya. cinta seharusnya melahirkan tindakan yang melambangkan kelembutan, kasih sayang dan kebijaksanaan terutama dalam membuat keputusan berhubung dengan insan-insan berlawanan. cinta adalah kenderaan menuju kebahagiaan.

janji

hati ini sudah lama sepi,
dalam menagih sebuah janji
yang belum tentu di pateri...


masih ingatkah dirimu,
akan janji yang kau tabur dahulu
bersama harapan yang menggunung tinggi?


kan ku tuntut janji-janjimu
yang kau beri terhadapku...

Sunday 15 May 2011


meskipun umur kian meningkat, beliau masih lagi mendidik kita untuk kita mencapai kejayaan.. kamsahamnida, sensei... lots of luf to u...



A B C, tampak macam senang tapi susah nak ingat. tapi tu time kecik2 dulu la kan???

just to u my beloved teacher... arigatou..

guruku sayang

guruku,
kau adalah satu dalam seribu,
yang mendidik aku tanpa jemu,
menggunung tinggi harapanmu,
demi melihat kejayaanku..

guruku,
hatimu cekal, jiwamu tabah,
dalam mendidik aku nan sering alpa,
maka benarlah,
engkau pemangkin generasi terbilang..

terima kasih atas budi yang hulur,
ilmu yang kau curah,
tanpa mengenal erti putus asa,
dalam melayan kerenah ku nan pelbagai satu...

selamat hari guru,
dari ku, anak didikmu...