Monday, 16 May 2011

kepentingan cinta dalam hidup

     jika cinta sudah tiada di hati anda, tandanya salah satu nikmat ALLAH telah tercabut daripada anda sedangkan cinta salah satu nikmat teragung ALLAH terhadap hamba-hamba-NYA. jika anda sudah tidak dapat menghargai cinta, itu tandaya nilai keperimanusiaan anda sudah mula terhakis. ketiadaan cinta di hati anda bakal merubah seluruh kehidupan anda.
    orang yang tiada perasaan cinta adalah orang yang telah kehilangan motivasi dalamannya. cinta seharusnya melahirkan tindakan yang melambangkan kelembutan, kasih sayang dan kebijaksanaan terutama dalam membuat keputusan berhubung dengan insan-insan berlawanan. cinta adalah kenderaan menuju kebahagiaan.

janji

hati ini sudah lama sepi,
dalam menagih sebuah janji
yang belum tentu di pateri...


masih ingatkah dirimu,
akan janji yang kau tabur dahulu
bersama harapan yang menggunung tinggi?


kan ku tuntut janji-janjimu
yang kau beri terhadapku...

Sunday, 15 May 2011


meskipun umur kian meningkat, beliau masih lagi mendidik kita untuk kita mencapai kejayaan.. kamsahamnida, sensei... lots of luf to u...



A B C, tampak macam senang tapi susah nak ingat. tapi tu time kecik2 dulu la kan???

just to u my beloved teacher... arigatou..

guruku sayang

guruku,
kau adalah satu dalam seribu,
yang mendidik aku tanpa jemu,
menggunung tinggi harapanmu,
demi melihat kejayaanku..

guruku,
hatimu cekal, jiwamu tabah,
dalam mendidik aku nan sering alpa,
maka benarlah,
engkau pemangkin generasi terbilang..

terima kasih atas budi yang hulur,
ilmu yang kau curah,
tanpa mengenal erti putus asa,
dalam melayan kerenah ku nan pelbagai satu...

selamat hari guru,
dari ku, anak didikmu...

Wednesday, 4 May 2011

4 mei 2011

hari ini dalam sejarah,
segala kenangan ku imbas kembali,
mengenangkan saat aku di lahirkan..

keperitan seorang ibu melahirkan aku,
namun tidak aku fahami hati kecilnya..
betapa berdosanya aku terhadapnya,
hanya Tuhan nan Esa saja yang tahu..

maaf anakmu ini, wahai mamaku...
maafkan akan segala duka
yang pernah aku calitkan dihatimu..
maafkanlah daku yang daif akan erti
sebuah pengorbanan yang telah
kau sumbangkan buatku di ketika itu...

aku ini,
anakmu yang sangat mencintaimu
setulus hati nan suci..

buat abah yang aku hormati..
maafkan anakmu ini,duhai abahku..
akan ku balas budimu padaku,
meskipun tidak sebesar pengorbananmu,
akan tetapi,
ku harap ia bisa membahagiakan mu kelak..

buat kalian, saudara-saudaraku..
maafkan atak segala khilafku padamu,
aku sekadar mawar nan indah di pandang
namun berbisa bila di pegang,
jangan kau fikir daku tak punya hak peribadi
dek ekoran kata-kataku seringkali
sakiti semua pihak..

salah akukah???
atau salah kamu semua, dehai saudaraku?
coba kalian imbas segala kelakuanmu..
baikkah atau sebaliknya?
renung-renungkanlah,mereka yang aku cintai...